Saturday 14 May 2011

kanak-kanak autisme





























jenis-jenis masalah berkeperluan khas

AUTISME

Autisme boleh diklasifikasikan sebagai ketidaknormalan perkembangan neuro yang menyebabkan interaksi sosial yang tidak normal, kemampuan komunikasi, pola kesukaan, dan pola sikap. Perkataan autisme berasal daripada gabungan perkataan autos yang beerti diri sendiri dan isme yang beerti aliran. Autism membawa maksud keadaan di mana seseorang itu menumpukan perhatia dalam dunianya sendiri. Masalah autime dapat dikesan pada kanak-kanak sebelum berumur tiga tahun. Keadaan ini akan berterusan sepanjang zaman kanak-kanak.
         Walaupun kanak-kanak autisme memiliki cirri-ciri fizikal yang normal, namun tingkah laku dan proses perkembangan mereka tiak normal. Kanak-kanak autisme sangat ketinggalan dalam proses perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran social dan komunikasi.

Ciri-ciri kanak-kanak autisme.

        Ciri-ciri kanak-kanak autisme dapat dilihat dalam beberapa sudut iaitu komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, tingkah laku dan emosi. Daripada sudut komunikasi, kanak-kanak autisme sangat lambat memperoleh kemahiran berbahasa ataupun lansung tidak berkemahiran dalam berbahasa. Mereka kebiasaannya tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain seolah-olah mereka mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak ini juga selalunya tiak memberikan jawapan yang betul terhadap soalan yang ditanya dan kadang–kala mengeluarkan bahasa yang langsung tidak difahami. Perbualan orang lain sering ditiru oleh kanak-kanak ini dan berupaya menghafal lirik-lirik lagu tanpa mengerti maksudnya. Mereka akan menarik tangan orang lain apabila menginginkan sesuatu.
Dalam sudut interaksi sosial pula, mereka sama sekali tidak suka bergaul dengan orang lain. Selalunya mereka akan mengelak daripada memandang mata orang lain. Satu sudut akan dipilih oleh mereka untuk bermain bersendirian.
     Masalah gangguan deria yang serin dialami oleh mereka ialah mereka sangat sensitive pada sentuhan. Mereka tidak suka dipegang atau dipeluk oleh orang lain. Mereka akan bertindak balas terhadap bunyi yang kuat dengan menutup telinga. Mereka juga kurang bertindak balas terhadap rasa sakit atau perasaan takut.
        Mereka tidak suka bermain seperti mana kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka. Alat permaianan yang dimiliki oleh mereka dimainkan tidak mengikut cara yang betul seperti memutar-mutarkan, melambung dan sebagainya. Mereka akan sentiasa memegang benda yang mereka suka walau kemana saja mereka pergi.
Dari sudut tingkah laku mereka boleh diketogorikan sama ada hiperaktif ataupun hipoakif. Perbuatan atau pergerakkan yang sama akan terus dilakukan oleh mereka seperti bergoyang, menepuk tangan , berputar-putar, berlari atau berjalan mundar mandir. Kanak-kanak autisme tidak suka kepada perubahan yang berlaku di sekeliling mereka dan berupaya untuk berada dalam keadaan statik tanpa berbuat apa-apa.
Sudut yang terakhir dapat dilihat dari segi emosi kanak-kanak ini. Emosi mereka boleh bertukar menjadi marah, ketawa atau menangis secara serta-merta tanpa apa-apa sebab. Barang-barang akan dirosakkan, manakala sesiapa saja akan diserang sekiranya emosi mereka terganggu. Mereka boleh bertindak sehingga tahap boleh mencederakan diri-sendiri. Mereka juga tidak mempunyai perasaan simpati dan tidak berupaya memahami perasaan orang lain.

PALSI SEREBRUM

        Istilah serebrum merujuk kepada otak manakala palsi pula ialah gangguan kepada pergerakkan ataupun postur. Pesakit palsi serebrum bererti orang yang tidak berupaya menggunakan sebahagian daripada otot-otot mereka secara normal akibat daripada sedikit kerosakkan pada bahagian otak.
        Palsi serebrum merupakan satu keadaan yang tidak dapat diubati walaupun melalui pelbagai kaedah. Tetapi pendidikan, terapi dan teknologi dapat membantu mereka yang mengalaminya menjalani kehidupan seharian dengan lebih teratur.
       Palsi serebrum adalah berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi kawalan motor, terutamanya kawalan otot atau koordinasi. Akibat daripada masala-masalah ini juga boleh menimbulkan masalah-masalah lain bergantung kepada bahagian otak yang rosak seperti terencat akal, masalah pertutuan, penglihatan, pendengaran, sawan, kecacatan anggota, kecacatan gigi, masalah pernafasan, masalah permakanan dan masalah untuk buang air kecil dan besar.
          Jenis-jenis autisme terbahagi kepada tiga iaitu spastik, athetosis dan ataxia. Palsi serebrum apastik adalah merujuk kepada ketegangan otot pada tahap abnormal yang tinggi dan meningkat semasa menjalankan aktiviti. Otot dan sendi kaku dan tdak berupaya melakukan pergerakkan. Palsi serebrum atherosis adalah perubahan ketegangan yang berlaku pada otot secara mendatar daripada keadaan normal kepada ketegangan tahap tinggi. Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa mampu dikawal oleh otot otak. Seterusnya ialah palsi serebrum ataxia iaitu mengalami maslah yang teruk dari segi imbangan dan koodinasi. Kanak-kanak ataxia tidak mampu duduk. Berdiri mahupun berjalan. Jika mereka dapat berjalan sekalipun, kaki mereka mesti dalam keadaan yang terkangkang bagi membantu imbangan.

        Antara ciri-ciri kanak-kanak palsi serebrum ialah mereka mengalami perkembangan motor kasar dan motor halus yang sangat perlahan. Terdapat beberapa cara mereka bejalan seperti terkangkang, berjinjit atau kaki diseret bagi mengekalkan imbangan. Ciri yang seterusnya ialah kanak-kanak palsi serebrum ialah ketidaknormalan pembentukan otot tubuh badan. Mereka juga mempunya lekukan pada spinal (jawbone) atau saiz kepala yang kecil. Antara ciri-ciri lain yang boleh dilihat pada kanak-kanak palsi serebrum ialah mereka mempunyai penyakit sawan, masalah pertuturan, tindak balas deria yang lemah, terencat akal, dan masalah tingkah laku.

SINDROM DOWN
      
       Sindrom down merupakan suatu kejadian semulajadi sewaktu kehamilan dimana berlakunya kelainan pada kromosom 21. Setiap orang mempunayai 23 pasangan kromosom iaitu 46 kromosom. Seseorang individu sindrom down pula lebih satu kromosom pada pasangan kromosom 21 menjadikan jumlah kromosom 47.
Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik. Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek. Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.
Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan usus. Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas.
Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti, salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.

LEMBAM (SLOW LEARNER)

    Definisi bagi kanak-kanak lembam atau slow learner ialah kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang rendah.

ADHD (ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER)

        ADHD - Attention deficit hyperactivity disorder merupakan kecelaruan mental yang biasa dihadapi dikalangan kanak-kanak. Ianya memberi kesan kepada 3 - 5% keseluruhan kanak-kanak, dan dihadapi hampir dua juta kanak - kanak Amerika. Menurut Kasmini Kassim (1992), sindrom hiperkenesis digunakan untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta dan kemudahalihan perhatian. Ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak ADHD sebagai kanak-kanak yang mudah teransang, lasak atau tidak mendengar kata.
     Kanak-kanak ADHD biasanya sangat aktif dan mempunyai daya tumpuan yang sangat singkat. Kanak-kanak akif yang berumur 3 tahun biasanya menjadi hiperaktif jika diminta duduk dan menjalani aktiviti yang pasif selama 20 minit.
Antara ciri-ciri kanak-kanak hyperaktif ialah sering tidak memberi tumpuan dengan teliti. Arahan yang diberikan kepada mereka sukar untuk diikuti dan kerja sekolah biasanya tidak dapat disiapkan. Mereka juga tidak dapat untuk mengorganisasikan sesuatu seperti mengatur tugas dan aktiviti. Selalu mengelak sekiranya diminta pertolongan untuk membuat sesuatu.
Tingkah laku implusif yang dapat dikesan terhadap kanak-kanak ADHD ialah selalu mengutarakan jawapan sebelum soalan yang lengka[p diajukan, kurang sabar dan mengalami masalah ketika menuggu giliran, selalu mengganggu atau mencelah perbualan orang lain dan sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.


MASALAH KOMUNIKASI, PERTUTURAN DAN BAHASA
     Masalah bahasa biasanya melibatka lima perkara iaitu masalah membentuk ayat dan menggabungkan bunyi (fonologi). Kedua ialah masalah menggunakan taabahasa atau nahu seperti ganti nama, kata kerja dan sebagainya (morfologi). Ketiga ialah masalah menyusun perkataan dan bagaimana perkataan berkaitan antara satu sama lain (sintaks). Seterusnya ialah masalah pertuturan yang melibatkan perbendaharaan kata atau leksikon dimana makna perkataan mungkin dalam bentuk abstrak atau konkrik (semantik) dan yang terakhir sekali ialah masalah menggunakan bahasa mengikut konteks sosial yang berbeza (pragmatik).
Terdapat 5 masalah bahasa yang biasa ditemui seperti kelambatan berbahasa.masalah ini boleh berlaku terhadap kanak-kanak biasa atau yang erencat akal. Kita boleh mengguankna bahasa tetapi pada tahap yang lebih rendah daripada umur kanak-kanak tersebut. Masalah bahasa juga boleh terjadi dalam sistem penulisan. Terdapat dua masalah bahasa dalam bentuk penulisan iaitu ekspresif dan reseptif. Kanak-kanak ini biasanya tidak mempunyai masalah bahasa secara lisan. Masalah seterusnya dihadapi oleh murid-murid masalah pembelajaran. Mereka kelihatan sama seperti kanak-kanak normal yang lain tetapi mereka memiliki masalah dalam membaca menulis dan mengira. Masalah bahsa juga boleh terjadi disebabkan oleh ketidakupayaan fizikal. Mereka ini terdiri daripada kanak-kanak yang kurang pedengaran, penglihatan dan mereka yang menghadapi gangguan neurologi. Kanak-kanak masalah bahasa juga biasanya dirujuk juga sebagai kanak-kanak masalah pendengaran. Ini berlaku kerana keadaan penerimaan sensori auditori merek pada tahap yang sangat rendah.
Terdapat 4 variasi masalah komunikasi iaitu masalah pertuturan, masalah suara, masalh artikulasi dan maslah pertuturan akibat kerosakkan saraf. Masalah yag pertama ialah masalah pertuturan. Boleh dikatakan 70% hingga 80% kanak-kanak menghadapi masalh pertuturan sewaktu permulaan alam persekolahan. Masalah ini berlaku apabila bunyi yang dikeluarkan tidak difahami oleh orang lain. Masalah pertuturan biasanya disebabkan oleh masalah seperti sumbing, masalah pendengaran, palsi serebrum dan dispraksia.
Masalah seterusnya ialah masalah suara. Maslah suara sering dikaitkan dengan larinks. Masalah suara boleh berlaku akibat gangguan biologikal dan dan bukan biologikal. Antara penyebabnya ialah ketumbuhan di larinks (nodul, polip atau tisu kanser), jangkitan larikns (laryngitis), kerosakkan saraf larikns atau lebam dan calar pada larinks.
Masalah artikulasi yang dikenali juga sebagai masalah pertuturan bayi (baby talk) atau pelat (lipsing). Masalah artikulasi yang teruk boleh disebakan oleh tiga faktor. Faktor yang pertaa ialah dysantia iaitu tidak boleh mengawal otot-otot disebabkan kerosakan neorologikal bagi penghidap palsi serebrum, ketidaknormalan struktur muka seperti sumbing dan kepekakan yang teruk.
Variasi masalah yang terakhir ialah maslah pertuturan akibat kerosakan saraf. Tumpuan diberikan kepada dua ketegori masalah pertuturan akibat kerosakan saraf iaitu dysarthia dan apraxia. Dysarthia ialah kerosakan otak yang menyebabkan kegaaka kawalan otot yang digunakan dalam artkulasi. Apraxia pula kegagalan menggerakkan otot yang terlibat dalam pertuturan.

MASALAH TINGKAHLAKU DAN EMOSI

        Kecelaruan tingkah laku dan emosi bukan sahaja berlaku kepada orang dewasa tetapi juga berlaku terhadap kanak-kanak. Menurut IDEA masalah tingkahlaku dan emosi boleh dikenalpasti melalui seseorang itu tidak mampu untuk belajar yan tidak dapat dijelaskan melalui kemampuan intelek, deria atau faktor perubatan. Seseorang itu juga tidak mampu membina serta mengekalkan hubunan dengan rakan sebaya dan guru. Mereka mempunyai tingkah laku dan emosi yang sukar dikawal. Mereka juga seolah-olah mengalami masalah tekanan perasaan dan yang terakhir mereka mempunyai simpton-simpton fizikal seperti ketakuan dengan masalah peribadi atau msalah di sekolah.
        Biasanya kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi memaparkan ciri-ciri berikut. Mereka tidak dapat bercakap dengan lancar meskipun mereka sudah mencapai tahap umur mereka sudah membolehkannya. Prestasi kognitif mereka kurang memuaskan. Mereka malu untuk bersosial tetapi menunjukkan tingkah laku yang hiperaktif seperti suka mengacau orang lain, suka merayau, pemarah, kurang sabar dan resah gelisah. Ada dikalangan mereka juga yang suka bersendirian dan selalu termenung.

MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK

       Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran spesifik adaah kanak-kanak yang mengalami satu ataupun lebih ketidakupayaan dalam proses psikologikal yang melibatkan pemahaman ataupun pengunaan bahasa sama ada lisan ataupun tulisan. Terdapat tiga jenis masalah pembelajaran spesifik iaitu disleksia, disgrafia dan diskalkulia.
Disleksia adalah keadaan dimana kanak-kanak menhgadapi masalah dalam membaca, menulis dan mengeja. Terdapat tiga jenis disleksia iaitu disleksia visual, disleksia auditori, disleksia visual-auditori. Disleksia visual ialah masalah dalam menggunakan deria penglihatan iaitu sukar membeza dan mengintepretasi apa yang dilihat. Disleksia auditori masalah menggunakan deria pendengaran iaitu sukar mengenalpasti bunyi dan membahagi suku kata. Manakala disleksia visual-auditori adalah tahap yang paling teruk dimana deria penglihatandan pendengaran tidak berfungsi dengan baik. Kedua-dua deria ini gagal untk menginteprestasi apa yang dilihat dan didengar.
           Antara ciri-ciri kanak-kanak disleksia ialah mereka sangat lemah dalam kemahiran membaca dan mengeja. Mereakeliru dengan dua perkataan yang hamper sama. Selalunya mereka tiak mengikut arahan yan diberikan. Kebolehan mereka berbahasa adalah sangat lembab. Mereka juga sangat sukar untuk menyalin sesuatu.
Disgrafia ialah masalah sukar menyatakan apa yang ada dalam pemikiran ke dalam bentu tulisan. Masalah ini masih belum dapat ditentukan dengan kriteria-kriteria yang jelas. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran turut mengalami masalah disgrafia.
Ciri-ciri kanak-kanak disgrafia ialah mereka memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Mereka juga gagal untuk memproses maklumat seperti menulis dengan cara terbalik dan tidak mengikut urutan. Proses penulisan mereka sangat perlahan kerana kesukaran untuk mengeja, mengenal tanda baca dan mencampuradukkan antara huruf dengan nombor dalm formula.
         Diskalkulia masalah dalam operasi matematik. Mereka menghadapi masalah menamati situasi nombor dan mencampuradukan nombor. Mereka juga menghadapi masalah dalam menyusun maklumat , mengingati fakta dan formula.
Ciri-ciri kanak-kanak diskalkulia ialah merekasukar memahami konsep matematik dalam ayat. Keliru dengan bentuk nombor yang hamper serupa. Mereka ini selalunya bijak dalam mata pelajaran sains dan seni. Mereka juga sukarun tuk mengingati nama orang lain.

MASALAH PENDENGARAN
        
        Masalah pendengaran merupakan istilah yang digunapakai oleh kebanyakan masyarakat  dunia untuk menjelaskan keadaan kehilangan pendengaran sama ada pada satu atau kedua-dua belah telinga. Tahap kehilangan pendengara ada dua iaitu bermasalah pendengaran dan pekak. Bermasalah pendengaran ialah kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar darpada satu atau kedua-dua belah telinga. Tahap kehilangan pendengaran boleh jadi ringan, sederhana atau teruk. Pekak pula ialah kehilangan seluruh kemampuan pendengaran pada satu atau kedua-dua belah telinga.
Terdapat 3 jenis utama cacat pendengaran iaitu Conductive (Gangguan aliran bunyi) yang disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga dan biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.jenis yang kedua ialah Sensorineural (saraf deria) yang disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory'. Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran. Jenis yang teakhir ialah Mixed (gabungan) di mana kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural'.
Antara ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak ini kurang memberikan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka sukar untuk mengikuti setiap arahan yang diberikan. Selalunya mereka malu untuk mengikuti setiap aktiviti yang melibatkan kemahiran bertutur. Kadang-kala mereka senang untuk bersendirian kelihatan seolah-olah sedang berkhayal.

MASALAH PENGLIHATAN

         Masalah penglihatan merupakan masalah yang dihadapi oleh seseorang untuk melihat secara normal. Ianya melibatkan seseorang yang tidak pernah melihat ataupu seseorang yang pernah melihat tetapi lama-kelamaan mengalami kehilangan penglihatan secara sedikit atau keseluruhan akibat daripada kemalangan atau penyakit. Masalah penglihatan merujuk kepada semua tahap ketidakupayaan melihat secara normal. Terdapat dua ketegori masalah penglihatan iaitu buta dan rabun yang telah didefinasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
       Terdapat tiga aspek ciri-ciri individu yang mengalami masalah penglihatan iaitu dari segi rupa, tingkah laku dan aduan. Dari segi rupa dapat dilihat bebola mata mereka selalu berputar-putar. Mata mereka tidak memberi tindak balas terhadap cahaya yang terang. Mata mereka selalu berair dan berwarna merah di bahagian tepi. Terdapat juga mata yang sangat sensitif terhadap cahaya.
       Dari segi tingkah laku dapat dilihat mereka ini selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja misalnya untuk melihat sesuatu objek. Mereka selalu terlanggar objek yang berada di hadapn mereka. Buku dibaca dengan jarak yang sangat dekat. Mereka selalu berkelip, mengerut dan mengecilkan mata mereka.
       Dari aspek aduan pula mereka selalu saja mengadu sakit kepala, loya atau pening-pening. Penglihatan mereka mengeluarkan dua imej pada satu objek. Mereka berasa gatal pada bahagian mata mereka.

siapakah kanak-kanak khas